Thoukydides

From Wikipedia, the free encyclopedia

Thoukydides
Remove ads

Thoukydides (Yunani: Θουκυδίδης Thoukydídēs, nama Inggeris: Thucydides s. 460 – s. 400 SM) merupakan seorang sejarawan dan pegawai dari Athens.

Fakta Segera Thucydides, Kelahiran ...

Karya utamanya, Historíai (Ἱστορίαι "Sejarah-sejarah"- History of the Peloponnesian War) meriwayatkan suatu perang antara Sparta dan Athens di kawasan Peloponnesos pada abad ke-5 SM sehingga tahun 411 SM. Dari penulisan inilah beliau diiktiraf sebagai bapa sejarah saintifik melalui pendekatannya yang berkecuali tanpa merujuk kepada tindakan dewa-dewi sepertimana para sejarawan sezamannya, di mana periwayatannya dipandukan pengumpulan bukti serta analisis sebab dan akibat terhadap kejadian yang dikaji.[1][2][3]

Remove ads

Ringkasan hidup

Pendekatan

Beliau sering dibandingkan bersama Herodotus sebagai pemengaruh besar terhadap kajian sejarah di dunia Barat, namun kedua-dua daripada mereka mempunyai pendekatan dan fahaman yang tersendiri mengenai tujuan sejarah itu dikaji. Herodotus melihat sejarah sebagai suatu sumber pengajaran moral di mana konflik dan peperangan merupakan hasil tindakan membalas dendam terhadap ketidakadilan yang dilakukan secara berterusan dan dalam kitaran.[4] Thoukydides pula membataskan kajiannya kepada laporan tepat kejadian ketenteraan dan politik semasa berdasarkan catatan saksi utama[5] meskipun beliau sendiri tidak menamakan orang sumbernya seperti yang dilakukan; beliau melihat susur hidup melalui unsur politik dan memandang sejarah dari sudut pandang atau perspektif politik juga.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads