Timah sari

unsur kimia dengan lambang Zn dan nombor atom 30 From Wikipedia, the free encyclopedia

Timah sari
Remove ads

Zink (Jawi: زيڠك, daripada bahasa Jerman Zink) atau timah sari (Jawi: تيمه ساري[1]) ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai simbol Zn dan nombor atom 30. Zink tulen yang dihasilkan secara komersil dikenali sebagai Special High Grade (SHG) iaitu Gred Istimewa Tinggi yang mempunyai ketulenan sebanyak 99.995%.

Maklumat lanjut Am, Sifat keatoman ...
Remove ads

Sifat-sifat utama

Zink berwarna kelabu kebiru-biruan dan bersifat sederhana reaktif. Zink menjadi sebam (kusam) apabila terdedah kepada udara lembap. Zink terbakar dalam udara dengan nyalaan hijau kebiru-biruan yang terang, lalu membebaskan wasap zink oksida. Zink bertindak balas dengan asid, alkali dan lain-lain unsur bukan logam. Jika zink yang bertindak balas dengan asid adalah tidak tulen, tindakan ini akan membebaskan gas hidrogen. Salah satu nombor pengoksidaan zink yang lazim ialah +2. Logam zink mudah tertempa pada suhu antara 100 °C sehingga 210 °C dan boleh diketuk menjadi pelbagai bentuk. Pada suhu melebihi 210 °C, logam ini menjadi rapuh dan akan pecah jika diketuk. Zink tidak bermagnet.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads