Timor Timur (provinsi)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Timor Timur (provinsi)
Remove ads

Timor Timur ialah bekas sebuah provinsi yang menjadi sebahagian Indonesia dari 1976 hingga 1999 semasa pendudukan Indonesia ke atas Timor Timur. Wilayah ini merupakan bekas kawasan Timor Portugis dan kini negara merdeka Timor Leste.

Rencana ini ialah tentang Provinsi Timor Timur yang merupakan bahagian dari Indonesia (1976-1999). Untuk negara di Asia Tenggara lihat Timor Leste.
Fakta Segera Status, Ibu negara ...

Dari 1702 hingga 1975, Timor Timur ialah wilayah luar pesisir Portugal, yang dipanggil Timor Portugis. Pada 1974, Portugal memulakan proses dekolonisasi secara berperingkat bagi wilayah pesisir laut mereka yang berbaki termasuklah Timor Portugis. Semasa proses tersebut, sebuah kemelut masayarakat antara pelbagai pihak di Timor tercetus. Pada 1975, Indonesia menduduki Timor Timur dan pada 1976, secara rasminya Indonesia mengilhak wilayah tersebut, mengisytiharkan ia sebagai provinsi ke-27 dengan nama rasmi Timor Timur. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu walau bagaimanapun, tidak mengiktiraf pengilhakan tersebut, menyambung untuk menganggap Portugal sebagai kuasa pemerintah yang sah bagi Timor Timur. Berikutan pengakhiran pendudukan Indonesia pada 1999, dalam masa yang sama tempoh peralihan pentadbiran PBB, Timor Timur menjadi secara rasminya merdeka daripada Portugal pada 2002 dan menggunakan nama rasmi Timor Leste.

Remove ads

Pembahagian Pentadbiran

Provinsi Timor Timur secara pentadbiran dibahagikan kepada 13 kabupaten dan satu bandar pentadbiran dan 64 kecamatan.

  1. Kabupaten Covalima atau Kovalima
  2. Kabupaten Ainaro
  3. Kabupaten Manufahi
  4. Kabupaten Viqueque atau Vikeke
  5. Kabupaten Lautem
  6. Kabupaten Baucau atau Baukau
  7. Kabupaten Manatuto
  8. Kabupaten Aileu
  9. Kabupaten Liquiça atau Likisa
  10. Kabupaten Ermera
  11. Kabupaten Bobonaro
  12. Kabupaten Ambeno
  13. Kabupaten Dili
  14. Kota Administratif Dili
Remove ads

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads