Dakwat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dakwat (Jawi: دعوت) atau tinta (Jawi: تينتا; serapan bahasa Portugis[1]) ialah sejenis cecair yang mengandungi pigmen atau pencelup yang digunakan untuk mewarnakan permukaan untuk membentuk imej atau teks. Dakwat digunakan untuk melukis atau menulis atas helai muka dengan pena atau berus.
Dakwat secara umumnya didapati dari 4 macam bentuk tersedia yakni jenis yang berair baik sedikit mahupun banyak, jenis melekit dan jenis serbuk.[2]
Remove ads
Sejarah
Bahan ini mula diperkenalkan dalam masyarakat alam Melayu seiring alat bertulis surat lain seperti kertas dengan tersebarnya ajaran Islam dari Timur Tengah.[3]
Bahan
Dakwat yang lazim digunakan para penulis Melayu dahulu dibuat dengan pelbagai bahan. Asasnya menggunakan jelaga (terutamanya dari damar), arang atau buah majakani dicampur dengan bahan pengikat seperti madu, getah atau susu kerbau diperam. Bahan-bahan lain yang boleh dibancuh sebati termasuk air hitam dari sotong gurita, getah kulit buah manggis, bunga senduduk serta kulit dan kayu merbau. Bahan lain turut ditambah untuk meningkatkan sifat tertentu yang diingini pada dakwat tulisan seperti getah pokok gajus mengilatkan air dakwat, pulut hitam ditambahkan sebagai bahan pelikat, dan pigmen mewarnakan seperti pokok lembayung untuk dakwat berwarna ungu, kulit manggis untuk warna perang, kesumba untuk warna merah serta karat tembaga untuk dakwat warna hijau.[3][4]
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads