Urus niaga mikro
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Urus niaga mikro (juga mikrotransaksi atau transaksi mikro) ialah sejenis model perniagaan yang melibatkan pembelian barangan-barangan maya dengan pembayaran mikro. Urus niaga ini lazim diguna pakai dalam permainan video sebagai sumber hasil bagi pihak pembangun permainan video. Urus niaga mikro adalah biasa dalam aplikasi-apklikasi telefon mudah alih, tetapi juga wujud dalam perisian komputer peribadi serta permainan konsol.
Permainan video percuma dengan unsur mikrotransaksi kadangkala disebut sebagai freemium. Satu lagi istilah, "bayar untuk menang" (pay-to-win) juga digunakan sebagai gelaran bagi permainan-permainan video dengan mikrotransaksi yang membawa kelebihan yang tidak adil kepada para pemain berbanding dengan pemain-pemain lain, terutamanya apabila barangan-barangan yang dibeli tidak boleh diperoleh secara percuma.[1]
Kesan urus niaga mikro kepada pengguna adalah tertakluk pada psikologi manusia, dan perbincangan-perbincangan telah wujud tentang kesan urus niaga ini kepada kanak-kanak. Kesedaran dan kritikan terhadap urus niaga mikro dalam permainan video mula berkembang pada pertengahan 2010-an akibat penemuan isu-isu seperti unsur perjudian dan masalah pembelian yang tidak perlu.[2][3]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads