Terong
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Terong (atau Trong) ialah sebuah pekan dalam Daerah Larut, Matang dan Selama di negeri Perak, Malaysia.[1][2] Bandar ini terletak diantara Changkat Jering dan Pantai Remis. Ia terkenal dengan kualiti airnya dan penemuan air terjun. Bijih timah juga pernah dilombong di tempat ini hingga tahun 1980. Terong juga mempunyai Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Jenis Cina dan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil tetapi kemasukan murid telah menurun sebegitu banyak. Bandar ini dikelilingi ladang getah dan pokok kelapa sawit. Terdapat banyak kedai lama di pekan.
Remove ads
Geografi


Sungai Terung merupakan sungai yang mengalir yang memanjang dari arah timur ke barat, menelusuri pekan ini. Sungai Terung berpunca daripada kawasan pergunungan Gunung Bubu di Hutan Simpan Gunung Bubu menuju ke Kuala Terong di Selat Melaka. Sungai Terung juga turut dilintasi oleh Laluan Persekutuan Malaysia 5 (Jalan Trong), dan turut merangkai beberapa cabang sungai di sepanjang aliran sungai terbabit seperti Sungai Parit Tebok dan Sungai Lubok.[3][4] Kuala Trong pula merupakan muara kepada Sungai Terong yang berada di Selat Melaka, berdekatan dengan kawasan Kampung Kuala Terung, yang terletak di barat pekan ini. Muara ini terletak di antara Kuala Tiram di bahagian utara dengan Kuala Jarum Mas di bahagian selatan; masing-masing merupakan muara bagi Sungai Tiram Laut dan Sungai Jarum Mas.[3][5]
Terdapat pelbagai taman perumahan yang mengandungi rumah-rumah teres yang dibina di sekitar pekan:
- Taman Trong Indah
- Taman Trong Perdana
- Taman Trong Bakti
- Taman Desa Trong Utama
- Taman Seri Trong
Ketersambungan
Terong dihubungkan dengan Laluan Persekutuan Malaysia 5, yang merupakan satu daripada tiga lebuh raya tulang belakang kepada Sistem Jalan Persekutuan Malaysia. Jalan persekutuan terbabit dikenali sebagai Jalan Trong atau Jalan Changkat Jering–Seri Manjung–Kampung Koh dalam kalangan penduduk tempatan.[6] Selain itu juga, Terong juga dihubungkan dengan rangkaian Sistem Jalan Negeri Perak, iaitu Jalan Negeri A271 (Jalan Kuala Trong) yang menganjur dari Kampung Kuala Terung sebagai terminal barat sehingga persimpangannya dengan FT 5 di pekan ini sebagai terminal timurnya. A271 menyediakan alternatif kerpada pengguna yang menuju ke destinasi Pantai Remis dengan melewati Kampung Temerlok.[6] Terong juga dihubungkan dengan rangkaian lebuh raya capaian terkawal, iaitu Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (West Coast Expressway), melalui persimpangan bertingkat Trong di susur keluar 3237 di selatan pekan ini.[6] Persimpang bertingkat ini dibuka pada tahun 2024, sempena pembukaan rasmi pakej pembinaan lebuh raya Seksyen 11, yang menghubungkan Taiping Selatan di utara dengan Beruas di selatan.[7][8]
Remove ads
Kemudahan sosial
Institusi keagamaan
Institusi pendidikan
- SK Toh Johan— sekolah rendah kebangsaan di Trong
- SJK(C) Siu Sin— sekolah jenis kebangsaan Cina di Trong
- SMK Toh Johan— sekolah menengah kebangsaan di Trong
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads