Tunku Syed Razman
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tunku Besar Tampin Tunku Syed Ahmad Najmi Tunku Syed Idrus Al-Qadri (diputerakan pada 14 Disember 1962 di Seremban) ialah seorang pembesar tempatan Malaysia yang memerintah sebuah wilayah adat perpatih di Negeri Sembilan, iaitu Tunku Besar Tampin. Baginda merupakan satu-satunya anak lelaki bagi pemerintah sebelumnya, Tunku Syed Idrus al-Qadri dan isterinya Tunku Zainon binti Tunku Sulaiman. Baginda dilantik sebagai Tunku Besar Tampin ke-7 setelah kemangkatan ayahandanya Tunku Syed Idrus pada 26 Disember 2005.
Tugas mengisytiharkan pelantikan tersebut telah dilaksanakan oleh Yang Mulia Dato' Abdul Razak Bin Tambi,Penghulu Pusaka Adat Tampin Tengah dan disaksikan oleh YBhg Tuan Haji Mohd Yusof Bin Yunus. Tunku Syed Razman secara rasmi ditabalkan sebagai Tunku Besar di Balai Rasmi Tampin pada 12 Ogos 2006[1].
Beliau merupakan penaung Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Ahamd Najmi yang ditubuhkan pada 2010.[2] Beliau juga dipilih menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan sejak 2018[3].
Remove ads
Kehidupan peribadi
Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri telah diputerakan pada 14 Disember 1962 di Seremban, Negeri Sembilan. Yang Teramat Mulia merupakan anak kelima daripada enam orang adik beradik dan merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarganya.
Pendidikan
Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin hingga darjah enam dari tahun 1969 hingga 1974.
Pada tahun 1975, baginda telah melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah King George Ke-V, Seremban pada tahun 1978 hingga 1980.
Setelah tamat tingkatan lima, Yang Teramat Mulia telah memperoleh Ijazah Sarjana (Pemasaran) dari Lansdown College pada tahun 1985.[4]
Remove ads
Kerjaya
Keluarga
Anugerah dan pengiktirafan
Negeri Sembilan
Darjah Tertinggi Negeri Sembilan (D.T.N.S.)
Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.)
- Jaksa Pendamai (J.P.)
Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (A.N.S.)
- Pingat Khidmat Masyarakat Cemerlang (P.M.C.)
- Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)
- Pingat Khidmat Lama (P.K.L.)
- Pingat (P.H.F.)
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads