Kereta kebal Type 74

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kereta kebal Type 74
Remove ads

Kereta kebal Type 74 merupakan sebuah kereta kebal yang dihasilkan oleh Industri Berat Mitsubishi, Tokyo, Jepun.

Fakta Segera Type 74, Jenis ...
Remove ads

Pembangunan

Pembangunan k ereta kebal Type 74 bermula pada awal tahun 1960-an sebagai kereta kebal tempur utama baru bagi menggantikan kereta kebal Type 61 (yang sedang dikeluarkan dari perkhidmatan aktif). Ia bermula pada awal 1960-an dengan prototaip pertama disiapkan pada tahun 1969. Ini diikuti dengan sejumlah prototaip lanjut dengan pengeluaran pertama kereta kebal Type 74 disiapkan pada tahun 1975.

Pengeluaran kereta kebal Type 74 telah ditamatkan selepas 870 buah telah dibina. Ia diikuti dengan pengeluaran kereta kebal Type 90 (qv) yang dilengkapi dengan meriam 120mm yang turut direka dan dibina oleh Industri Berat Mitsubishi.

Remove ads

Tatarajah

Tatarajahnya adalah konventional dengan pemandu duduk di hadapan sebelah kiri, turet di tengah dan transmisi di belakang. Komander dan jurumeriam duduk di sebelah kanan turet, pemuat di sebelah kiri. Kupola komander menonjol dari aras atap bagi memberikan pemandangan sekeliling.

Meriam 105mm yang digunakan merupakan meriam model L7 British, yang dihasilkan di bawah lessen di Jepun, yang dongakan berkuasa dari -6° hingga +12° (-12° to +15° dengan sistem gantungan). Pemandu boleh menyesuaikan sistem gantungan bagi menyelaras dengan jenis muka bumi, dongakan hadapan atau belakang, atau olengan kereta kebal sisi-ke sisi.

Satu mesingan 7.62mm dipasang sejajar dengan persenjataan utama dan satu mesingan 12.7mm M2 HB dipasang pada bahagian atas turet bagi pertahanan udara. Sesetengah kereta kebal turut dipaang dengan bilah jentolak.

Remove ads

Variasi

Kenderaan kembalik berperisai Type 78 dan sistem anti pesawat gerak sendiri 35mmberkembar Type 87.

TATUS

Pengeluaran tamat. Berkidmat dengan Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun sahaja.

Pengilang

Industri Berat Mitsubishi, Tokyo, Jepun. 52

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads