USS Nimitz (CVN-68)

From Wikipedia, the free encyclopedia

USS Nimitz (CVN-68)
Remove ads

USS Nimitz (CVN-68) adalah sebuah kapal pengangkut pesawat super yang sedang berada dalam perkhidmatan dengan Tentera Laut Amerika Syarikat, dan merupakan kapal pertama di dalam kelas Nimitz. Nimitz adalah sebuah kapal perang terbesar di dunia. Semasa dilancarkan, Nimitz didesignasi sebagai CVAN-68, tetapi kemudian didesignasi semula sebagai CVN-68 (kapal pengangkut pesawat pelbagai misi berkuasa nuklear) pada 30 Jun, 1975 sebagai sebahagian daripada penjajaran semula armada pada tahun tersebut.

Fakta Segera Sejarah, Amerika Syarikat ...

Kapal ini dinamakan bersempena Laksamana Armada Chester Nimitz, yang memerintah armada Pasifik dalam Perang Dunia II dan merupakan laksamana lima bintang terakhir dari tentera laut. Tidak seperti kapal-kapal di dalam kelas Nimitz berikutnya, Nimitz hanya menggunakan nama keluarga senamanya. Pangkalan asal Nimitz adalah di Stesen Tentera Laut Norfolk, Puget Sound Naval Shipyard bermula pada tahun 1987 sehingga pengisian semula reaktor nuklearnya pada tahun 1998 di Newport News, Virginia, dan pelabuhan kini adalah di Stesen Udara Tentera Laut Island.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads