Guaranteed Rate Field

From Wikipedia, the free encyclopedia

Guaranteed Rate Fieldmap
Remove ads

Guaranteed Rate Field, dahulunya Comiskey Park dan U.S. Cellular Field, ialah stadium besbol yang terletak di Chicago, Illinois, Amerika Syarikat. Stadium ini merupakan gelanggang bagi pasukan Chicago White Sox, salah satu daripada dua pasukan Chicago di Major League Baseball (MLB) dan ia dimiliki oleh negeri Illinois melalui Illinois Sports Facilities Authority. Stadium yang menelan kos perbelanjaan sebanyak AS$137 juta ini mula dibuka sebagai Comiskey Park pada 18 April 1991 yang diambil daripada nama stadium lama White Sox sejak tahun 1910.

Fakta Segera Nama silam, Alamat ...

Guaranteed Rate Field terletak di arah barat Dan Ryan Expressway di kejiranan Armour Square Chicago dan ia bersebelahan dengan kejiranan yang lebih terkenal iaitu Bridgeport. Stadium yang dibina ini selari dengan 35th Street daripada Comiskey Park asal yang telah dimusnahkan untuk dijadikan ruang kepada lot parking bagi venue baru.

Remove ads

Catatan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads