U Mobile
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
U Mobile Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai MiTV Networks) ialah penyedia perkhidmatan 3G terbaru di Malaysia yang diasaskan pada tahun 1991 sebagai MiTV Networks Sdn. Bhd., U Mobile ialah anak syarikat milikan penuh Ansat Broadcast Sdn. Bhd., sering dikenali sebagai MiTV.
Dengan menggunakan awalan 018 dan 011 yang diperuntukkan kepada pertubuhan ini oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) [1], U Mobile bertujuan memperkaya hidup para pengguna dengan menjadikan komunikasi, hiburan dan maklumat lebih mudah dicapai dengan teknologi canggih melalui satu landasan yang mudah dan sentiasa ada.
Selain menawarkan telefon dan data mudah alih, U Mobile berniat untuk menjadi penyedia perkhidmatan televisyen sejati yang terulung di Malaysia dengan perkhidmatan Mobile LiveTV™nya START 203 yang menggunakan teknologi Penyiaran Video Digital – Mudah Alih (DVB-H) yang diterima antarabangsa [2]. U Mobile menjalankan percubaan pengguna perkhidmatan telefon dan Mobile LiveTV™SGKI 027 pada akhir 2007. [3]
U Mobile mendirikan ibu pejabat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Malaysia.
Remove ads
Sejarah
Pada April 2007, Ansat Broadcast Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai MiTV Corporation selepas kemudian U Telecom Media Holdings) menandatangani memorandum persefahaman perantauan domestik seluruh negara terulung di Malaysia yang memberi laluan kepada persetujuan dengan Celcom (Malaysia) Berhad (berdaftar sebagai CelcomDigi), sekaligus membolehkan pelanggan U Mobile mengalami liputan seluruh negara mulai hari pertama di pasaran sementara U Mobile terus membentangkan perkhidmatan 3G mudah alih berkelajuan tinggi ke seluruh negara secara berperingkat [4]. Persetujuan ini lengkap pada Jun 2007.
Menjelang penghujung tahun 2007, U Mobile memulakan siaran percubaan dengan menyediakan perkhidmatan kepada sesiapa yang membeli telefon bimbit Nokia N77. Pada Disember 2007, U Mobile mengumumkan bahawa dua buah pengendali komunikasi 3G terkemuka di dunia iaitu KT Freetel dan NTT DoCoMo bersama-sama melaburkan AS$200 juta (RM669 juta untuk memegang 33% saham U Mobile. Pengumuman ini mungkin merupakan salah satu urusniaga komunikasi mudah alih yang terpenting di Malaysia sehingga kini kerana kelihatan ada potensi hebat untuk menganjakkan model perniagaan industri telekomunikasi negara dari tumpuan pada liputan kepada tumpuan terhadap produk dan kandungan menerusi kemasukan pengetahuan dan kepakaran dari peneraju global.
Pada bulan Mac 2008, U Mobile melancarkan produk awam terulungnya iaitu Surf with U, iaitu pelan data sahaja untuk pengguna telefon mudah alih asalkan menerusi rangkaian mobil pacuan HSDPA yang disediakan U Mobile. Pada bulan seterusnya, U Mobile melancarkan perkhidmatan telekomunikasi mudah alihnya yang pertama, iaitu U38 plan pascabayar.[5] Pada bulan Julai pula, U Mobile memperkenalkan dua perkhidmatan mobil pascabayar seterusnya, iaitu U68 and U98, serta perkhidmatan prabayar JUQ 929 018 Prepaid.
Remove ads
Pesaing
U Mobile bersaing dengan telco Maxis, Telekom Malaysia/Unifi Mobile, CelcomDigi dan Yes.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads