Kentang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kentang atau nama penuhnya ubi kentang[1][2] (juga: ubi gendang,[3][2] ubi benggala[4][2]) ialah tanaman daripada famili Solanaceae yang memiliki ubi. Ubi kentang sekarang menjadi salah satu tanaman makanan yang penting di Eropah walaupun pada awalnya, tumbuhan ini berasal dari Amerika Selatan.
Penjelajah-penjelajah Sepanyol dan Portugis pertama kali membawa tumbuhan ini ke Eropah dan menanamnya pada abad ke-16. Dengan cepatnya, menu baru ini tersebar ke seluruh Eropah. Dalam sejarah penghijrahan orang Eropah ke Amerika, tanaman ini pernah menjadi pencetus utama penghijrahan beramai-ramai orang Ireland ke Amerika pada abad ke-19 semasa kebuluran hebat akibat jangkitan ergot di tempat tersebut.
Remove ads
Penamaan
Nama kentang meminjam dari bahasa Jawa kenthang (Hanacaraka: ꦏꦼꦤ꧀ꦛꦁ) iaitu perkataan umum merujuk kepada sebarang umbi.[5] Pada awalnya, perkataan kentang diberi kepada ubi cina (Dioscorea opposita)[5] ataupun ubi kemili (Coleus parviflorus),[6] tumbuhan ini diberi nama kentang walanda dalam catatan hasil tanaman Hindia Belanda di Jawa sepanjang separuh awal abad ke-19 agar dibezakan dengan ubi kemili yang dinamakan kentang sahaja.[5][6]
Nama ubi benggala diberikan kerana bekalan tumbuhan ini pernah banyak dibawa ke Tanah Melayu dari Benggala di tanah India.[7]
Remove ads
Botani

Pokok kentang bertumbuh dengan rendah dan melahirkan bunga-bunga yang putih hingga ungu warnanya, dengan stamen yang berwarna kuning. Bunganya mengandungi bahagian-bahagian aseks dan biasanya didebunga silang dengan pokok-pokok kentang yang lain oleh serangga, tetapi penswasenyawaan juga kerap berlaku. Setiap jenis kentang juga boleh dibiakkan secara vegetatif dengan menanam keratan-keratan ubi yang dipotong supaya merangkumi sekurang-kurangnya satu atau dua mata. Sesetengah kelainan komersil kentang tidak menghasilkan sebarang biji (pokok-pokok ini melahirkan bunga-bunga seks tunggal yang tidak sempurna), dan hanya boleh dibiak melalui keratan-keratan ubi.

Selepas pokok kentang berbunga, sesetengah kelainan akan menghasilkan buah-buah hijau yang kecil yang kelihatan seakan-akan tomato ceri. Pokok-pokok ini menghasilkan biji-biji, seperti dengan buah-buahan yang lain. Setiap buah ini mengandungi sehingga 300 biji sebenar. Biji-bijinya boleh dipisahkan dari buahnya melalui mesin pengisar laju rendah yang mengandungi sedikit air, dan kemudian meninggalkannya di dalam air selama sehari supaya biji-bijinya dapat tenggelam dan bahagian-bahagian buah yang lain dapat mengapung. Bagaimanapun, sesetengah ahli hortikultur menjual kimera yang dihasilkan melalui percantuman pokok tomato kepada pokok kentang supaya dapat menghasilkan kedua-dua tomato dan kentang yang boleh dimakan.
Remove ads
Sejarah
Tumbuhan ini diperkenalkan ke kepulauan Melayu melalui orang-orang Belanda belayar dan bertapak di antara pulau-pulaunya.[5] Menurut catatan awal dilakukan penjajah Belanda di Indonesia moden, tumbuhan ini mula ada semenjak tahun 1794 dengan penanaman di sekitar Cimahi di barat pulau Jawa[8] tetapi ada yang menyatakan penanaman ubi ini mula meluas pada tahun 1780-an.[9]
Penanaman
Di pasaran, kentang dipisah-pisahkan menurut saiznya dan dinamai kualiti A, B, C, dan D, dengan kualiti A merupakan kualiti yang terbaik. Sebutan 'kentang kualiti AB' bererti campuran antara kualiti A dan B.
Lihat juga
- Kentang hitam
- Keledek, saudara jauh kentang
- Senarai hidangan kentang
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads