Ultraman R/B

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Ultraman R/B (ウルトラマンR/B(ルーブ), Ultraman Rūbu)[a] ialah siri televisyen Jepun yang diterbitkan oleh Tsuburaya Productions. Ia ialah musim ke-30 dalam keseluruhan Siri Ultra dan musim terakhir yang dikeluarkan dalam fasa Heisei. Siri ini mula disiarkan di TV Tokyo pada 7 Julai 2018.[1][2]

Fakta Segera Genre, Pencipta ...

Slogan utama dalam siri ini ialah "Ini ialah kisah kami, adik-beradik. Bermula sebagai Ultraman." (これは俺たち兄弟の物語。ウルトラマン、はじめます。, Kore wa oretachi kyōdai no monogatari. Urutoraman, hajimemasu.).

Remove ads

Plot

Dua watak utama, Katsumi Minato dan Isami Minato, merupakan adik-beradik yang tinggal bersama adik perempuan dan bapa mereka yang membuka kedai khusus. Pada suatu hari, mereka memperoleh R/B Gyro dan Kristal R/B, yang membenarkan Katsumi menjadi Ultraman Rosso dan Isami menjadi Ultraman Blu. Kisah ini adalah berdasarkan "ikatan" dan "cinta", di mana kedua beradik itu menghadapi emosi mereka dengan kawan dan melawan musuh, menyedari perkara-perkara penting yang mereka cenderung untuk mengambil mudah.[1][2] Meskipun kedua-dua mereka saling bertentangan, mereka tetap bekerjasama ketika menentang musuh.[4]

Remove ads

Media yang berkaitan

  • Dalam episod terakhir Ultraman Orb: The Chronicle, Katsumi dan Isami membuat kemunculan mereka ketika mereka berjalan melewati Gai Kurenai pada waktu petang.

Produksi

Seperti yang disebutkan oleh Tsuburaya Productions, siri ini ialah sebahagian daripada "Hero Generasi Baru" (ニュージェネレーションヒーロー, Nyū Jenerēshon Hīrō), yang disiarkan di TV Tokyo sejak siri Ultraman Ginga. Siri baru ini dikatakan akan mempunyai unsur-unsur yang lebih menarik daripada Siri Ultra yang lalu, dengan plot cerita yang tidak dijangka. Selain daripada adik-beradik utama yang bertarung melawan musuh mereka, ia juga merupakan siri drama TV yang memberi tumpuan kepada ikatan keluarga adik-beradik tersebut.[1][2] Dalam sesi temu bual yang dijalankan oleh Sports Hochi, penggambaran siri ini telah dimulakan pada 10 Mac 2018.[4] Takao Nakao kembali dari Ultraman Orb untuk berkhidmat sebagai ketua tulisan dan komposisi siri ini.

Episod

Pelakon

  • Katsumi Minato (湊 カツミ, Minato Katsumi): Yuya Hirata (平田 雄也, Hirata Yūya)[1][2][5]
  • Isami Minato (湊 イサミ, Minato Isami): Ryosuke Koike (小池 亮介, Koike Ryōsuke)[1][2][5]
  • Asahi Minato (湊 アサヒ, Minato Asahi): Arisa Sonohara (其原 有沙, Sonohara Arisa)[5]
  • Makoto Aizen (愛染 マコト, Aizen Makoto): Motoki Fukami (深水 元基, Fukami Motoki)[5]
  • Ushio Minato (湊 ウシオ, Minato Ushio): Ginnojo Yamazaki (山崎 銀之丞, Yamazaki Gin'nojō)[5]
  • D.R.L.N. (ダーリン, Dārin, Suara): Kaede Yuasa (湯浅 かえで, Yuasa Kaede)[6]
  • Saki Mitsurugi (美剣 サキ, Mitsurugi Saki): Ayane Kinoshita (木下 彩音, Kinoshita Ayane)[7]
Remove ads

Lagu

Tema Pembukaan
  • "Hands"[8]
    • Lirik: Kentaro Sonoda (園田 健太郎, Sonoda Kentarō)
    • Komposisi & Penyusunan: Kentaro Sonoda, Tsubasa Ito (伊藤 翼, Itō Tsubasa)
    • Artis: Masayoshi Oishi (オーイシ マサヨシ, Ōishi Masayoshi)
Tema Penutup
  • "Yume Hikō" (夢飛行, bermaksud "Penerbangan Impian")[8]
    • Lirik: Shihori (しほり)[9]
    • Komposisi: Hajime Mitsumasu (光増 ハジメ, Mitsumasu Hajime)[9]
    • Penyusunan: EFFY[9]
    • Artis: Suzuko Mimori (三森 すずこ, Mimori Suzuko)
Remove ads

Nota

  1. "R/B" disebut sebagai "Ruebe".[2]

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads