Valentinian I
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Flavius Valentinianus atau nama pemerintahan baginda Valentinianus I (bahasa Inggeris: Valentinian I, s. 321 - 17 November 375) adalah seorang maharaja Rom yang memerintah bersama-sama kakanda baginda Valens bermula pada 364 sehingga kematian beliau. Baginda merupakan maharaja de facto terakhir yang mengawal keseluruhan empayar, dan yang terakhir melakukan kempen-kempen ke timur sungai Rhein dan utara Danube. Tempoh pemerintahan baginda banyak dihabiskan bertempur dengan puak-puak Jerman, mengalahkan Alamanni dan Franks banyak kali. Baginda telah membina semula dan memperbaiki pengkubuan di sepanjang perbatasan, malah membina kubu-kubu baru di dalam wilayah musuh. Di sebabkan kejayaan yang didapati semasa tempoh pemerintahan beliau, dan kejatuhan serta merta kepada empayar selepas kematian beliau, Valentinian sering kali dirujuk sebagai "maharaja hebat terakhir".[1] Baginda mengasaskan Dinasti Valentinian, apabila anak-anak baginda Gratian dan Valentinian II telah mengantikan baginda di bahagian barat empayar.
- Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Valentinianus I
Remove ads
Nota
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads