Vanadium
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Vanadium (Jawi: ۏاناديوم) ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol V dan nombor atom 23. Sejenis unsur nadir, lembut dan mulur, vanadium dijumpai dalam bentuk campuran dalam sesetengah mineral dan digunakan terutamanya untuk menghasilkan sesetengah aloi. Ia salah satu daripada 26 unsur yang biasa dijumpai dalam benda hidup.
Remove ads
Sifat-sifat utama
Vanadium ialah logam berwarna putih kelabu yang lembut dan mulur. Ia mempunyai daya tahan hakisan yang baik terhadap alkali, asid sulfurik dan asid hidroklorik. Ia bersedia untuk teroksida pada kira-kira 933 K. Vanadium mempunyai kekuatan struktur yang baik dan keratan rentas belahan neutron yang rendah, menyebabkannya berguna dalam aplikasi nuklear. Walaupun ia sejenis logam, vanadium bersama dengan kromium dan mangan mempunyai ciri-ciri oksida valensi yang bersifat asid.
Keadaan pengoksidaan lazim bagi vanadium termasuklah +2, +3, +4 and +5. Eksperimen terkenal menggunakan ammonium vanadat (NH4VO3), iaitu penurunan sebatian tersebut menggunakan logam zink, dapat menunjukkan secara kolorimetri (sukat warna) keempat-empat keadaan pengoksidaan vanadium. Keadaan pengoksidaan +1 jarang sekali dijumpai.
Remove ads
Penggunaan
Kira-kira 80% vanadium yang dihasilkan, digunakan sebagai ferovanadium atau sebagai penambah keluli. Penggunaan-penggunaaan lain;
- Dalam bentuk aloinya seperti:
- keluli tahan karat khusus, contohnya penggunaan dalam peralatan bedah dan alat tukang.
- keluli tahan karat dan keluli alat pertukangan kelajuan tinggi.
- dicampurkan dengan aloi-aloi aluminium dan titanium untuk digunakan dalam enjin jet dan kerangka pesawat udara kelajuan tinggi.
- Aloi keluli vanadium digunakan pada gandar, aci engkol, gear dan komponen-komponen penting yang lain.
- Ia penstabil karbida yang penting dalam pembuatan keluli.
- Oleh kerana keratan rentas belahan neutron yang rendah, vanadium mempunyai kegunaan dalam bidang nuklear.
- Kerajang vanadium digunakan untuk menyalutkan titanium pada keluli.
- Pita Vanadium-gallium digunakan dalam magnet bersuperkonduksi (175,000 gauss).
- Vanadium(V) oksida (vanadium pentoksida, V2O5) digunakan sebagai mangkin dalam pembuatan asid sulfurik (melalui Proses Sentuh) dan maleik anhidrida. Ia digunakan dalam pembuatan seramik.
- Kaca yang disalut vanadium dioksida (VO2) boleh mengekang sinaran inframerah (tanpa menghalang cahaya tampak) pada suhu-suhu tertentu.
- Sel bahan api elektrik dan bateri simpanan seperti Bateri redoks vanadium.
- Ditambahkan dengan korundum untuk membuat manikam aleksandrit tiruan.
- Salutan perubahan elektrokimia vanadat untuk melindungi keluli daripada karat dan kakisan.
Remove ads
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Vanadium. |
| Cari vanadium dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- WebElements.com – Vanadium
- Mineral Information Institute – Vanadium
- ATSDR – ToxFAQs: Vanadium
- The Vanadium Redox Battery was invented at The University of New South Wales
- Untuk daftar pautan luar yang lengkap, sila lihat sumber kimia.
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
