Vidio

perkhidmatan penstriman video Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Vidio ialah perkhidmatan penstriman video lepas pelantar yang berpangkalan di Indonesia yang ditubuhkan pada 15 Oktober 2014. Ia pernah dimiliki oleh Kreatif Media Karya, sebelum diserahkan kepada Surya Citra Media yang menjadi pemilik terkininya; kedua-dua entiti ini merupakan anak syarikat Elang Mahkota Teknologi (Emtek).[1] Kandungan perkhidmatan ini terdiri daripada saluran percuma ke udara dan langganan, penstriman langsung, filem dan drama, dan televisyen.[2] Ia adalah salah satu platform penstriman terbesar di Asia Tenggara.[3][4]

Fakta Segera PT Vidio Dot Com, Maklumat umum ...
Remove ads

Sejarah

Vidio diasaskan pada 15 Oktober 2014 dan bertujuan untuk menjadi pelantar setempat berperanan seumpama YouTube bagi orang Indonesia.[5] Pada asalnya, kandungan Vidio didominasi oleh kandungan yang dijana pengguna dan kandungan TV daripada saluran media Emtek. Pada 2015, Vidio mempunyai kira-kira 3,000 hingga 4,000 pengguna aktif bulanan.[6][7]

Jumlah pelaburan Emtek dalam Vidio setakat Mac 2019 mencecah 240 bilion rupiah. Surya Citra Media merancang untuk mengambil alih Vidio pada harga 115 bilion rupiah.[8] Selepas menghasilkan 3 siri asal pada 2019, Vidio mula mengeluarkan lebih banyak siri asli pada Vidio Premier, perkhidmatan langganan premium mereka, digelar sebagai "Vidio Originals" pada 2020. Pada tahun yang sama, Vidio mempunyai 40 juta pengguna aktif.[9]

Semasa pandemik COVID-19, pelantar itu menyaksikan pertumbuhan 225% dan mencatatkan lebih daripada 5 juta muat turun di gedung-gedung aplikasi App Store dan Play Store.[10][11]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads