Wadjet

From Wikipedia, the free encyclopedia

Wadjet
Remove ads

Wadjet (Jawi: ودجيتBahasa Mesir: wꜢḏyt "Yang Hijau"),[1] dikenali oleh dunia Yunani sebagai Uto (Bahasa Yunani Koine: Οὐτώ) atau Buto (Βουτώ) antara ejaan lain seperti Wedjat, Uadjet dan Udjo,[2] pada asalnya ialah dewi penaung Mesir purba bagi bandar Dep atau Buto di Mesir Hilir, yang merupakan tapak penting pada zaman Mesir prasejarah.[3][4]

Fakta Segera Pusat kultus utama, Simbol ...
Thumb
Peta Delta Nil yang menunjukkan Buto.

Wadjet berkait rapat dalam agama Mesir purba dengan Mata Ra, dewa pelindung yang kuat.[5] Hieroglif untuk matanya ditunjukkan berikut; kadang-kadang dua ditunjukkan pada langit dalam gambar-gambar agama. Buto juga mempunyai kuil untuk Horus, anak dewa matahari yang kemudiannya dipercayai mewakili firaun. Tidak lama kemudian, Wadjet dikaitkan dengan Isis dan dengan banyak dewa lain.

Remove ads

Sejarah

Thumb
Wadjet dalam bentuk ular tedung bersayap, digambarkan dalam Makam Nefertari, di atas Anubis (dalam rupa jakal).

Wadjet dikatakan sebagai dewi penaung Mesir Hilir berbentuk ular tedung,[6] dan selepas penyatuan dengan Mesir Hulu, dia menjadi penaung seluruh Mesir. Imej Wadjet dengan cakera matahari dipanggil ureus, dan ia juga lambang pada mahkota pemerintah Mesir Hilir. Dia juga pelindung raja-raja dan wanita yang sedang bersalin. Wadjet dipercayai pernah menjadi ibu susuan Horus semasa bayi.[6] Dengan bantuan ibunya Isis, mereka melindungi Horus daripada pak ciknya yang pengkhianat, Set, semasa mereka bersembunyi di paya Delta Nil.[7]

Di tapak arkeologi Tebtunis—di Faiyum, Mesir—terdapat sebuah kuil khas untuk Wadjet dan merupakan tapak persembahan untuk memujanya.[8]

Dia dikaitkan dengan bumi dan digambarkan sebagai wanita berkepala ular atau ular biasanya ular tedung Mesir, ular berbisa yang biasa ditemui di rantau itu; kadang-kadang dia digambarkan sebagai wanita dengan dua kepala ular dan, pada masa lain, ular dengan kepala wanita. Keramat penilikannya berada di kuil Per-Wadjet yang terkenal yang dikhaskan untuk pemujaannya, dan Wadjet kemudian menjadi nama kota itu. Keramat ahli ramal ini mungkin telah mengilhamkan ahli-ahli ramal di Yunani.[9] Dari sekitar dinasti ke-4, Wadjet dewi penaung dan pelindung seluruh Mesir Hilir dan dikaitkan dengan Nekhbet, digambarkan sebagai burung nasar putih, apabila Mesir bersatu. Selepas penyatuan Mesir, imej Nekhbet bergabung dengan Wadjet pada mahkota, menjadi satu ureus gabungan. Gelaran kedua-dua dewi penaung mukim ini ialah "Nebty ('Dua Dewi')".[8]

Sebagai dewi Mesir Hilir, terdapat sebuah kuil besar untuk Wadjet di Imet purba (kini Tel Nebesha) di Delta Nil. Dia dipuja di kawasan itu sebagai "Dewi Imet". Kemudian dia diisterikan Min serta menjadi ibu Horus untuk membentuk satu triad dewa.[10]

Maklumat lanjut Wadjet - Mata Horus dalam hieroglif Mesir ...
Remove ads

Etimologi

Maklumat lanjut wꜣḏyt dalam hieroglif Mesir ...
Maklumat lanjut ular tedung+matahari dalam hieroglif Mesir ...
Maklumat lanjut ḏt "ular tedung" dalam hieroglif Mesir ...

Nama Wadjet[11] berasal daripada perkataan untuk simbol negerinya Mesir Hilir, papirus. [12] Hieroglif namanya agak serupa dengan cara Mahkota Hijau atau Desyret Mesir Hilir ditulis, cuma dengan sedikit perbezaan: untuk mahkota itu, terdapat simbol Mahkota Hijau[13] dan, untuk Wadjet, ada simbol ular tedung yang kembang dadanya.

Remove ads

Galeri

Nota kaki

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads