Wan Tempawan Wan Hanapi

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Wan Tempawan binti Wan Hanapi (Jawi: وان تمڤاوان بنت وان هانڤي; Januari 1883 – 18 Disember 1966) ialah seorang suri rumah Malaysia yang merupakan ibu kepada Mahathir Mohamad, iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 dan ke-7.[1] Beliau juga merupakan isteri kedua kepada Mohamad Iskandar, seorang guru dan pendidik Malaysia yang merupakan pengasas kepada Kolej Sultan Abdul Hamid dan Sekolah Kebangsaan Iskandar, Kedah.

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Remove ads

Kehidupan awal dan salasilah keturunan

Wan Tempawan binti Wan Hanapi dilahirkan pada 1 Januari 1883 di Kampong Kulut, Bukit Lada, Kedah, Tanah Melayu British. Wan Tempawan merupakan anak sulung kepada pasangan Wan Hanapi Wan Mat Zahir dan Che Rabiah. Wan Tempawan merupakan seorang wanita yang berasal dari Kedah, Tanah Melayu British dan beliau mempunyai darah dari keturunan Wan Su iaitu Dato’ Temenggong Kulut, Bukit Lada melalui bapanya. Antaranya ialah Wan Mohamad Saman Wan Ismail, pemimpin besar di Kedah yang memperkenalkan sistem terusan di Kedah yang namanya telah dirakamkan sebagai Terusan Wan Mohamad Saman.[2][3] Wan Tempawan mempunyai tiga adik beradik, iaitu Wan Haton Wan Hanapi, Wan Hadi Wan Hanapi dan Wan Yahya Wan Hanapi. Beliau juga mempunyai seorang abang sebapa, iaitu Wan Mohd Saman Wan Hanapi, melalui perkahwinan pertama bapanya, Wan Hanapi Wan Mat Zahir dan Wan Nang.

Catatan dalam buku Sejarah Kedah mendapati bahawa salasilah keturunan Wan Tempawan adalah cucu-cicit Mahsuri, seri kandi Melayu dari Langkawi yang mati dibunuh angkara fitnah. Pemangku Yang Dipertua Wan Kedah (Wasilah), Wan Shamsuddin Wan Mohd Yusof, menjelaskan keturunan Wan yang ada di Kedah sekarang memang daripada keturunan anak tunggal Mahsuri, Wan Hakim. Beliau tambah bahawa Mahsuri telah dihukum sula pada tahun 1819 angkara difitnah oleh pemerintah Langkawi ketika itu, Datuk Karma Wijaya yang berdendam kerana tidak dapat memperisterikannya. Wanita itu dituduh bermukah dengan seorang pemuda bernama Deramang.[nota 2]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Wan Tempawan telah mendirikan rumah tangga dengan dua orang lelaki, iaitu Wan Hassan dan Mohamad bin Iskandar. Tiada rekod anak bagi perkahwinan pertama Wan Tempawan dengan Wan Hassan. Namun, melalui perkahwinnnya kedua dengan Mohamad Iskandar, mereka dikurniakan enam orang anak, iaitu Mashahor Mohamad, Murad Mohamad, Mustaffa Mohamad, Omar Mohamad, Rafeah Mohamad dan Mahathir Mohamad.

Kematian

Wan Tempawan telah meninggal dunia pada 18 Disember 1966 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah, Malaysia. Ketika itu, beliau berusia 83 tahun.[4]

Legasi

Masjid

Nota

  1. Tiada rekod mengenai tarikh lahirnya di Internet. Namun, beliau dikatakan lahir pada tahun 1883.
  2. Walau bagaimanapun, catatan dalam buku ini tidak dapat dipastikan kesasihannya kerana tiada bukti.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads