Wii

From Wikipedia, the free encyclopedia

Wii
Remove ads

Wii merupakan konsol permainan video generasi ketujuh daripada Nintendo. Konsol ini merupakan pesaing kepada Xbox 360 daripada Microsoft and PlayStation 3 daripada Sony. Wii yang sebelum ini dikenali dengan nama kod projek Revolution, merupakan pengganti Nintendo GameCube.

Fakta Segera Pengilang, Jenis ...
Fakta Segera Konsol permainan, Generasi pertama ...

Pada 14 dan 15 Januari 2006, Nintendo mengumumkan maklumat mengenai konsol ini untuk pasaran Jepun, Indonesia, Amerika Syarikat, Malaysia, Australia, Eropah, Korea Selatan, Cina, India, Pakistan, United Kingdom, Finland, Portugal, Perancis, Jerman, dan Itali.

Konsol ini dilancarkan pada 19 Januari 2006 in Amerika Utara ddan Amerika Selatan. Kemudian dilancarkan di Jepun pada 2 Januari 2006, di Australasia, Itali dan Switzerland pada 7 Januari 2006, 8 Januari di Eropah dan 9 Januari di Sepanyol.

Thumb
Wii yang telah dilancarkan

Permainan konsol Nintendo itu mendapat sambutan menggalakkan apabila ia habis dijual sebaik diperkenalkan. Malah jumlah stok yang ditawarkan kepada peminat bagi permainan konsol Wii itu melebihi pesaingnya, Sony Playstation 3 (PS3) walaupun diperkenalkan dua hari lebih awal.

Nintendo menyasar untuk menarik minat pelbagai segmen pengguna termasuk mereka yang tidak berminat dengan permainan konsol.

Kelengkapan Wii didatangkan dengan sistem kawalan sensitif pergerakan apabila ia berkesan dalam udara sekeliling seperti menggunakannya sebagai raket tenis, kayu golf, senjata dan malah pedang yang bergantung kepada jenis permainannya.

Wii menjadi konsol yang termurah semasa dilancarkan jika dibandingkan dengan pesaingnya. Di Jepun Wii dijual dengan harga JP¥25,000, di Amerika Syarikat (US$249.99), Kanada (CAD$279.95), Australia (AUD$399.95) dan United Kingdom (GB£179).

Remove ads

Pautan luar

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads