Wikikamus
kamus dalam talian bebas From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Wikikamus (Jawi: ويکيقاموس, bahasa Inggeris: Wiktionary) ialah sebuah projek nekabahasa berasaskan web untuk mencipta sebuah perkamusan kandungan bebas (termasuk perkataan, frasa, peribahasa, rekonstruksi linguistik, dsb.) dalam sebilangan besar bahasa sejadi dan sebilangan bahasa buatan. Semua masukan tersebut boleh mengandungi definisi, imej untuk penggambaran, sebutan, etimologi, tasrif, contoh penggunaan, petikan, istilah berkaitan, dan penterjemahan istilah ke bahasa-bahasa lain, dalam tampilan lain. Ia disunting secara penyuntingan bersama oleh para sukarelawan melalui sebuah wiki. Namanya ialah lakuran perkataan wiki dan kamus. Ia tersedia dalam 198 bahasa dan dalam bahasa Inggeris Mudah. Sepertimana projek kembarnya Wikipedia, Wikikamus digerakkan oleh Yayasan Wikimedia. Perisian wikinya, MediaWiki, membenarkan hampir semua mempunyai capaian kepada laman web tersebut untuk mencipta dan menyunting masukan.
Disebabkan Wikikamus tidak terhad dengan pertimbangan ruang cetak, kebanyakan edisi bahasa Wikikamus menyediakan definisi dan penterjemahan istilah daripada banyak bahasa, dan sebahagian edisi menawarkan maklumat tambahan yang biasanya ditemui tesaurus.
Data Wikikamus kerap digunakan dalam pelbagai tugasan pemprosesan bahasa tabii.
Remove ads
Edisi berbilang bahasa
Setakat Disember 2025, tapak Wikikamus wujud dalam 198 bahasa dengan 174 daripada edisi bahasa tersebut adalah aktif dan 24 daripada edisi bahasa tersebut telahpun ditutup.[1] Tapak aktif mempunya sejumlah 46,894,588 laman rencana, dan laman yang telah ditutup pula mempunyai sebanyak 339 laman rencana.[2] Sebanyak 7,704,881 pengguna telah berdaftar dengan 12,033 dalam kalangan pengguna tersebut aktif dalam masa terdekat.[2]
Sepuluh projek Wikikamus edisi bahasa yang tertinggi dari segi jumlah rencana ruang utama adalah seperti berikut:[2]
Untuk senarai penuh dengan jumlah data tertentu sila lihat Statistik Wikimedia:[3]
Remove ads
Lihat juga
- Lingua Libre
Catatan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
