Yang di-Pertua Dewan Negara
individu yang mempengerusikan persidangan Dewan Negara, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Yang di-Pertua Dewan Negara (Tulisan Jawi: يڠ دڤرتوا ديوان نڬارا) ialah pegawai pengerusi bagi Dewan Negara, dewan pertuanan bagi Parlimen Malaysia. Jawatan ini diwujudkan di bawah Perkara 56 Perlembagaan Persekutuan.
Jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara ini serupa dengan jawatan pegawai pengerusi di Dewan Rakyat, di mana ia dipilih dalam kalangan ahli-ahli Dewan (juga dikenali sebagai senator) dan dianggap tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Jika seseorang ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu juga merupakan seorang senator dan dipilih untuk memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua, beliau perlulah meletak jawatan sebagai ADUN.[1]
Yang di-Pertua Dewan Negara yang terkini belum ada penyandang. Mengikut kebiasaan, Yang di-Pertua akan dipanggil sebagai "Tuan Yang di-Pertua" atau "Tan Sri Yang di-Pertua".
Remove ads
Tanggungjawab
Sebagai seorang pegawai pengerusi, Yang di-Pertua Dewan Negara bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan licin. Ia juga menjadi tugas Yang di-Pertua untuk memastikan perbahasan mempunyai kaitan dengan perkara yang dibahaskan dan membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan.[2]
Senarai Yang di-Pertua
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads