Yi Cheong

ahli akademik dan bangsawan Korea From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Putera Yi Cheong dari Korea (lahir 23 April 1936) ialah ahli keluarga imperial Korea Selatan dan pewaris lelaki keturunan Maharaja Gojong.[1] Beliau adalah anak sulung Putera Wu dari Korea yang mewarisi gelaran Putera Heung dan ketua ke-4 Istana Unhyun dan isterinya Puteri Chanju, cucu Marquis Park Yeonghyo yang juga menantu Raja Cheoljong dari Joseon.

Fakta Segera Hangul, Hanja ...

Beliau berumur sembilan tahun ketika mewarisi Unhyeongung, di mana Maharaja Gojong dilahirkan, selepas bapanya, seorang kolonel Tentera Imperial Jepun, terbunuh oleh ledakan bom atom yang menghancurkan Hiroshima pada 6 Ogos 1945. Pada tahun 1947, abang ayahnya, Putera Gun (Momoyama Ken'ichi) pula memperoleh kewarganegaraan Jepun. Ini menjadikan Putera Cheong sebagai pewaris langsung dari datuknya, Putera Imperial Ui, yang meninggal dunia pada tahun 1955.

Pada tahun 1991, Putera Cheong memberikan rumah leluhurnya Unhyeongung kepada Kerajaan Metropolitan Seoul setelah kematian ibunya.

Pada masa ini, beliau adalah ahli waris genealogi de jure ketua keluarga Imperial apabila primogenitur lelaki digunakan. Walau bagaimanapun, beliau enggan mengambil bahagian dalam kepimpinan keluarga Imperial. Semasa ketiadaannya, Yi Hae-won, Yi Won dan Yi Seok, semua keturunan Putera Uihwa, membuat pelbagai tuntutan kepada kepimpinan kerabat itu.

Remove ads

Leluhur

Maklumat lanjut Keturunan Yi Cheong ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads