Yōkai

From Wikipedia, the free encyclopedia

Yōkai
Remove ads

Yōkai (妖怪, bermaksud "curiga", "misteri", atau "tidak masuk akal") merupakan makhluk dan semangat halus dipercayai dalam kalangan masyarakat Jepun yang berupa pelbagai rupa baik menyerupai haiwan mahupun manusia.

Thumb
Cetakan ukiyo-e menunjukkan yōkai, oleh Aotoshi Matsui

Secara umum, Yōkai mempunyai kuasa ghaib atau spiritual yang mana pertembungan mereka dengan manusia dianggap merbahaya. Yōkai juga memiliki perwatakan berbeza daripada manusia yang seringkalinya sukar untuk difahami.

Remove ads

Gambaran umum

Sesetengah yōkai cuba untuk mengelak daripada bertemu dengan manusia; mereka umumnya menduduki kawasan-kawasan terpencil yang jauh daripada kediaman manusia. Yōkai yang lain pula, malangnya, memilih untuk tinggal berdekatan kawasan petempatan manusia atas sifat mereka yang tertarik kepada manusia; mereka mungkin tertarik kepada ciri-ciri kediaman manusia yang selesa dan panas, ataupun minyak yang digunakan manusia untuk mencipta api. Yōkai secara tradisionalnya dikaitkan dengan api, arah timur laut serta musim panas, ketika mana waktu ini dunia manusia adalah paling dekat dengan dunia ghaib. Yōkai dan obake seringkali digambarkan dalam penyamaran yang melucukan namun tetap mengerikan.

Ahli pengkaji budaya rakyat Jepun dan sejarawan menggunakan istilah yōkai sebagai "fenomena ajaib atau ghaib kepada pemberi maklumat".

Sejarah

Catatan pertama mengenai keberadaan makhluk halus ini mula muncul dalam Shoku Nihongi menerangkan upacara penyucian istana disebabkan yōkai (大祓、宮中にしきりに、妖怪あるためなり), namun ia ditafsirkan umum sebagai "fenomena ajaib".

Pada Zaman Edo, ramai artis, seperti Toriyama Sekien, telah mencipta yōkai yang dirujuk daripada budaya rakyat ataupun menerusi buah fikiran mereka sendiri, dan pada masa kini kebanyakan daripada yōkai ciptaan mereka ini (misalnya Kameosa dan Amikiri) tidak dianggap sekadar legenda.[perlu rujukan]

Perkembangan teknologi percetakan mewujudkan terbitan-terbitan yang memberikan gambaran jelas terhadap raksasa dan makhluk yang sebelum ini hanya disebutkan dalam tulisan; buku bergambar seperti kibyoshi (黄表紙)[1] amat dikenali pada waktu ini. Gambaran-gambaran yokai turut menghiasi permainan seperti karuta sehingga dibiasakan dalam kalangan masyarakat luar lingkungan kuil lalu terkurangnya rasa gerun seperti yang dialami generasi-generasi sebelumnya[2]

Remove ads

Jenis

Yokai sering juga dikelaskan kepada beberapa kelompok termasuk:

  • ayakashi (あやかし)
  • mononoke (物の怪, malah sering bertindih pengungkapan)[3][4]
  • mamono (魔物)


Lihat juga

  • Yaoguai
  • Kappa
  • Tengu
  • Yūrei
  • Oni
  • Obake
  • Shigeru Mizuki
  • Kijimunaa dan makhluk-makhluk legenda lain dari Kepulauan Ryukyu
  • Onryō
  • Senarai makhluk-makhluk legenda dalam mitologi Jepun

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads