Zaibo
Pelakon, pelawak dan penari Malaysia (1956-2018) From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Zainal Ariffin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Zaibo (27 Mei 1956 – 14 November 2018) merupakan seorang pelakon, pelawak, dan penari Malaysia, berasal dari Padang Besar, Perlis.[2][3][4]
Remove ads
Kerjaya
Beliau mula dikenali dengan lakonannya dalam beberapa sitkom dan drama-drama terbitan Malaysia dan Singapura. Semasa masih muda pada tahun 70-an dan 80-an, dia pernah menari ala-John Travolta. Beliau juga merupakan salah seorang pelakon drama siri tarian Tari Tirana di TV3, memegang watak Haji Mohsen iaitu datuk kepada pelakon utama wanita, Tirana (lakonan Wan Sharmila).
Sepanjang kerjayanya, Zaibo turut berlakon dalam beberapa filem termasuk Queen Control (1992), sebelum berlakon dalam Soalnya Siapa? (2002). Kemudian pada tahun 2008, beliau berlakon dalam filem Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib (2008) dan pada 2010 dalam filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie.
Beliau juga pernah meminjamkan suaranya untuk watak Tok Din dan Mustafa (musim 1 sahaja) dalam siri animasi Kampung Boy karya Lat. Beliau turut menjadi pengkritik tetap musim ketiga Raja Lawak.
Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusof dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Soffi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[5]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Siti Hawa Syawal pada 3 Disember 2010, dan memiliki sembilan anak tiri. Hubungan mereka sebagai sahabat yang terjalin selama 15 tahun sebelum kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.[6] Zaibo mendapat pendidikan ijazah dalam bidang Seni Persembahan dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984.[7][8]
Kematian
Zaibo telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 14 November 2018 pada jam 1:30 petang di Rengit, Johor. Berita pemergiannya itu telah disahkan oleh anaknya sendiri, Hafiz melalui laman Facebooknya.
Tahap kesihatan beliau sebelum ini terjejas selepas dikesan menghidap kanser esofagus tahap empat sejak November 2018.[9]
Sepanjang Allahyarham bertarung dengan kansernya, khabar Zaibo hanya diketahui umum apabila ada rakan-rakan artis atau wartawan yang berkongsi tentangnya menerusi media sosial. [10][11]
Allahyarham dimandikan dan disolatkan di rumah beliau dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat selepas solat Isyak.[12]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads