Zami Ismail

Pelawak dan pelakon veteran Malaysia (1944-2011) From Wikipedia, the free encyclopedia

Zami Ismail
Remove ads

Zami bin Ismail (20 November 1944 – 19 Jun 2011) ialah seorang pelakon dan pelawak Malaysia.

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Remove ads

Kerjaya

Beliau paling diingati ialah peranannya dalam siri sitkom televisyen Pi Mai Pi Mai Tang Tu (1990-an) sebagai Pak Uda serta siri Salam Pantai Timur. Sepanjang kerjayanya, beliau berlakon hampir 20 buah filem. Allahyarham juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi Mat Som.

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Hanizan Ibrahim dan dikurniakan sembilan orang anak termasuk Mohd Hitler @ Latif, Ahmad Yamashita @ Tahar, Mohd Saufi, Ismail Fahmi, Khairul Affendi, Aida Nurul Asyikin, Aida Nurul Wahyu, Mohd Firdaus, dan Zahid Al Buhaqman. Salah seorang anaknya, Saufi, juga dikenali sebagai Opie Zami, juga seorang pelakon dan pelawak.

Kematian

Pak Uda meninggal dunia pada hari Ahad, 19 Jun 2011 pukul 10:30 pagi di Institut Jantung Negara kerana kegagalan jantung pada umur 66 tahun.[1] Jenazah Allahyarham dikebumikan di kampung halamannya di Tapah Road, Perak selepas solat Asar.[2][3] Pada 2008, beliau pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Selayang selepas tidak sedar kerana sesak nafas.

Beliau meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim (59) dan sembilan orang anak.[4]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Iklan

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads