Plastik

From Wikipedia, the free encyclopedia

Plastik
Remove ads

Istilah plastik merangkumi produk polimer sintetik atau semi-sintetik. Ia terbentuk daripada penyejatan organik atau penambahan polimer dan boleh juga terdiri daripada bahan lain untuk meningkatkan ketahanan atau ekonomi. Ada beberapa polimer alami yang termasuk plastik. Plastik dapat dibentuk menjadi filem atau gentian sintetik. Plastik direka dengan kepelbagaian yang sangat banyak dalam ciri-ciri yang dapat menahan panas, keras, kebergantungan dan lain-lain. Digabungkan dengan kemampuan adaptasinya, komposisi yang umum dan beratnya yang ringan memastikan plastik digunakan hampir di seluruh bidang industri.

Thumb
Botol-botol plastik dalam pelbagai bentuk

Nama ini berakar daripada perkataan Bahasa Yunani πλαστός (plastos,  "dilentur") yang diolah menjadi πλαστικός (plastikos, iaitu "mudah dilentur atau dbentuk) merujuk kepada sifatnya yang mudah dilentur, diolah dan dibentuk - yakni keplastikan - kerana tahap ketegangan dalaman yang rendah menjadi pelbagai bentuk yang dapat digunakan seperti filem, botol, bekas dan sebagainya.

Remove ads

Sejarah

Plastik buatan manusia yang pertama ialah Parkesine atau nitroselulosa yang dipatenkan rumusannya oleh saintis Inggeris Alexander Parkes di Birmingham, United Kingdom pada tahun 1856.[1] Parkesine dihasilkan dengan merawat selulosa dengan asid nitrik yang berfungsi sebagai pelarut. Hasil rawatan tersebut (selulosa nitrat atau pyroxilin) pula dilarutkan dalam alkohol dan dikeraskan menjadi suatu bahan yang lutsinar dan elastik yang boleh dilenturkan apabila ia dikenakan haba.[2]

Remove ads

Komposisi

Kebanyakan plastik dihasilkan daripada polimer organik yakni rerantai yang terdiri daripada zarah-zarah karbon; zarah-zarah karbon ini boleh saja bergabung dengan sendirinya mahupun dengan bahan-bahan lain seperti oksigen, nitrogen atau sulfur. Rantai-rantai asas karbon ini juga distilahkan sebagai "tulang-tulang belakang". Plastik-plastik yang berbagai jenis dibezakan sifatnya melalui kumpulan-kumpulan molekul yang melekat pada "tulang-tulang" belakang ini. Binaan kumpulan-kumpulan tersebut mempengaruhi sifat polimer.

Bahan tambahan

Plastik-plastik banyak mengandungi sebatian organik atau yang tidak organik, ketepuan sebatian ini berbeza-beza dari tiada langsung hingga ke lebih 50% bergantung kepada kegunaan plastik (plastik-plastik yang bebas sebatian digunakan untuk membalut makanan, misalnya).

Remove ads

Plastik-plastik yang biasa digunakan

Impak kepada persekitaran

Kebanyakan jenis plastik tahan lama serta mengurai dengan perlahannnya kerana ikatan kimia yang begitu kuat dan mampu mengatasi sebarang proses penguraian semula jadi. Sebanyak satu bilion tan plastik telah dibuang sejak tahun 1950-an, di mana sebahagian daripada bahan buangan ini akan dapat bertahan selama berabad-abad sepertimana kepingan gambar dapat wujud dari kurun-kurun yang terdahulu.[3] Ada juga pihak yang menganggarkan penghasilan terkumpul sebanyak 8.3 bilion tan plastik di mana 6.3 bilion tan daripada hasil tersebut dibuang dengan kadar kitar semula sebanyak 9% sahaja.[4]

Perubahan iklim

Kesan pembuatan plastik kepada pemanasan global agak bercampur disebabkan bahan mentahnya daripada petroleum. Pembakarannya meningkatkan pelepasan karbon manakala penimbusannya pula dapat berfungsi sebagai singki karbon (carbon sink).[5] meskipun plastik yang mudah terurai juga dapat menghasilkan pelepasan metana. [6] Sifat ia yang ringan berbanding kaca atau besi barangkali boleh mengurangkan pengunaan tenaga - misalna, pembungkusan minuman dalam plastik PET berbanding gelas atau besu dianggarkan menjimatkan sebanyak 52% tenaga pengangkutan.[7]

Penghasilan

Penghasilan plastik daripada minyak mentah memerlukan 62 hingga 108 MJ/Kg tenaga (mengira masuk purata kecekapan loji tenaga di Amerika Syarikat sebanyak 35%). Penghasilan silikon dan semikonduktor untuk peralatan elektronik lebih bannyak menggunakan tenaga di mana masing-masing memerlukan 230 to 235 MJ/Kg dan sekitar 3,000 MJ/Kg tenaga.[8] Jumlah ini lebih tinggi daripada tenaga yang digunakan untuk menghasilkan bahan mentah yang lain seperti besi (daripada bijih besi, memerlukan 20-25 MJ/Kg tenaga), kaca (daripada pasir, 18-35 MJ/Kg), keluli (daripada besi, 20-50 MJ/Kg) dan kertas (daripada balak, 25-50 MJ/Kg).[9][10]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads