Tayar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tayar (Jawi: تاير) adalah sebahagian roda yang diperbuat daripada getah. Tayar terdapat di banyak kenderaan seperti kereta, kapal terbang, basikal, motosikal dan sebagainya.
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |

Sejarah
Perkataan "tayar" ialah serapan bahasa Inggeris sama ada tire atau tyre (masing-masing ejaan Amerika dan British[1]) yang datang dari perkataan attire, iaitu "sarungan".[2] Pada zaman dahulu, roda-roda kereta dan pedati sering dilapik untuk tujuan perlindungan di atas permukaan jalan menggunakan kulit haiwan,[3] sebelum dipasangkan gelungan besi atau keluli.
Suatu rekaan gelungan roda diisi angin mula dipatenkan pada 1847 oleh Robert William Thomson[4] namun tidak dihasilkan langsung. John Boyd Dunlop pula pertama kali mengembangkan rekaan boleh dipam pada 1888 bersama rakan sebidangnya, John Fagan; rekaan ini dipertunjukkan keberkesanannya oleh Willie Hume, seorang pelumba basikal yang banyak memenangi acara-acara di Ireland dan England menggunakan penemuan baru ini.[5][6]
Remove ads
Rekaan
Ciri keselamatan
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
