Tulang

From Wikipedia, the free encyclopedia

Tulang
Remove ads

Tulang (Jawi: تولڠ; turunan kata akar Proto-Austronesia *tuqelaŋ[1]) adalah sebahagian organ tegar yang juga rangka dalam manusia dan haiwan vertebrat. Organ ini berfungsi menggerakkan, menyokong dan melindungi pelbagai organ di dalam badan. Tulang juga merupakan tempat penghasilan sel darah putih dan merah serta penyimpanan galian.

Thumb
Tulang kaki manusia
Remove ads

Jenis

Tulang berspan

Tulang berspan ialah jenis tulang berporos mengisi bahagian dalam tulang rangka. Secara umumnya, tulang berspan adalah kurang tumpat dan memiliki nisbah luas permukaan per isi padu yang lebih tinggi daripada tulang mampat, menjadikannya lebih fleksibel dan lemah. Tulang berspan terdiri daripada unit-unit bernama trabekula.

Tulang mampat

Tulang mampat merangkumi bahagian sekeliling tulang berspan (bahagian luar tulang) dan lebih mampat daripada tulang berspan. Tulang mampat dianggarkan meliputi 80% jisim tulang dalam rangka manusia dewasa.[2] Tulang mampat terdiri daripada jalur-jalur mikro bernama osteon atau sistem Havers. Setiap osteon memiliki satu saluran bernama terusan Havers di tengah-tengah yang mempunyai saluran darah dan saraf, serta berhubung sesama satu sama lain dengan terusan Volkmann.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads