Pokok Api-api Puteh atau Pokok Api-api Putih adalah sejenis tumbuhan spesies tropika bakau dalam keluarga Acanthaceae yang terdapat di hutan Malaysia.
Nama sainsnya Avicennia alba Bl., "Api", merujuk kepada fakta bahawa pokok bakau ini menarik kunang-kunang, dan "putih" yang merujuk kepada bahagian bawah daun yang berwarna pucat. Ia ditemui tumbuh di lokasi pantai dan muara sungai di India, Asia Tenggara, Australia dan Oceania.