Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato Haji Abbas atau nama ringkasnya SMKADHA ialah sebuah sekolah menengah agama yang terletak di Kampung Tok Jiring, Kuala Nerus, Malaysia. Ia pernah dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring dan Pondok Tok Jiring sebelum diambil alih oleh pihak kerajaan.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail atau juga dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas atau nama ringkasnya SMKA Pedas , merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang terletak di Km 1 Jalan Seperi. Pada tahun 2011 sekolah ini telah menukarkan namanya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail bersempena dengan nama mufti kedua Negeri Sembilan. Bersesuaian dengan sekolah agama kerajaan yang kedua di Negeri Sembilan selepas SHAMS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said, Negeri Sembilan. SEMADAH juga telah dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK).