No coordinates found
Canny Ong
Mangsa pembunuhan MalaysiaCanny Ong Lay Kian merupakan seorang penganalisis teknologi maklumat (IT) Malaysia yang menjadi mangsa pembunuhan kejam pada 13 Jun 2003. Mendiang mati dibakar di sebuah lubang/longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003. Canny Ong adalah pemegang tali pinggang hitam seni mempertahankan diri. Kesnya mendapat perhatian meluas dari media tempatan ketika itu. Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim menyifatkan kes pembunuhan Canny sebagai "kes yang paling lama berlangsung dalam lanskap jenayah Malaysia".
Read article