Bront Palarae
Pelakon lelaki MalaysiaNasrul Suhaimin bin Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Bront Palarae ialah seorang pelakon, pengarah filem, penulis dan pengacara televisyen Malaysia. Bront memulakan kerjaya lakonan menerusi peranan kecil dalam drama Mat Nor Kushairi & The Velveboys (2001) dan peranan pembantu dalam Dengan Nama Cinta (2003), kemudian mendapat peranan utama dalam Cinta Tsunami (2005). Beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi watak sampingan dalam filem Lang Buana (2003), serta telah membintangi beberapa filem terkenal yang menerima pengiktirafan kritis termasuk Castello (2006) dan Tipah Tertipu The Movie (2006), Anak Halal (2007), Kala Malam Bulan Mengambang (2008), V3 Samseng Jalanan dan Belukar (2010), Ombak Rindu (2011), Bunohan dan Jiwa Taiko (2012), PSIKO: Pencuri Hati (2013), Sejoli: Misi Cantas Cinta (2014) dan Terbaik dari Langit (2014), Ola Bola (2016), Kau Takdirku (2017), Fly By Night (2019), Harum Malam (2023), Sumpahan Jerunei (2023) dan MALBATT: Misi Bakara (2023).