IUPAC
Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa (IUPAC) (bahasa Inggeris: International Union of Pure and Applied Chemistry) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menerajui bidang kimia sedunia. IUPAC merupakan ahli gabungan Majlis Sains Antarabangsa (ICSU). Ibu pejabat antarabangsa IUPAC terletak di Zurich, Switzerland manakala pejabat pentadbirannya yang juga dikenali sebagai seketrarit IUPAC terletak di Research Triangle Park, Carolina Utara, Amerika Syarikat. Pejabat pentadbirannya diketuai pengarah eksekutif IUPAC.
Read article