No coordinates found
Iklim separuh gersang
Iklim separa gersang atau iklim steppe merupakan kawasan-kawasan yang iklimnya menerima kerpasan tahunan yang rendah, iaitu biasanya antara 250-400 mm. Sistem pengelasan iklim Köppen menghuraikan iklim steppe sebagai iklim antaraan iklim gurun (BW) dan iklim lembap dari segi sifat ekologi dan potensi pertanian. Sistem Köppen membenarkan penyelarasan suhu dan pengecualian rantau berhutan. Iklim separa gersang membolehkan kehidupan tumbuh-tumbuhan yang serba semak. Terdapat dua jenis iklim separa gersang, iaitu iklim separa gersang panas (BSh) dan iklim separa gersang sejuk (BSk).
Read article