Sparta
Sparta ialah negara kota di Yunani yang terletak di Eurotas di bahagian selatan Peloponesia. Dari sekitar 650 SM, ia bangkit menjadi sebuah kuasa tentera yang paling berpengaruh di kawasan itu dan justera, diakui sebagai ketua gabungan tentera Yunani semasa Perang Yunani-Parsi. Hamba yang merupakan penghuni yang terbanyak di Sparta, sentiasa diaibkan sebagai sebahagian upacara amal. Semasa upacara Crypteia, mereka boleh dibunuh secara sah oleh warga Sparta. Antara 431 hingga 404 SM, Sparta menjadi musuh utama Athens semasa Perang Peloponesia.
Read article