Tarian Menora
Tarian Menora atau nora adalah sejenis drama tari nyanyi yang berasal dari wilayah Melayu lama di Semenanjung Tanah Melayu yang kini merangkumi kawasan Utara Semenanjung dan Pantai Timur Malaysia serta Thailand Selatan yang merupakan tempat asalnya. Persembahan ini didasarkan legenda Manohara dalam dongengan Jataka berunsur Buddha yang telah menjadi sebati dengan masyarakat Melayu dan Thai sejak zaman-berzaman. Tari Menora dikatakan berasal dari Narathiwat ada juga menyatakan ia berasal dari Ligor atau Negara Sri Dharmaraja atau sekarang dikenali dengan Nakhon Si Thammarat, kerana ia adalah pusat buddha di Semenanjung, dan ketika itu Utara Semenanjung terutama Ligor, Kedah, Merdelung atau Phattalung, Kelantan dan Patani beragama Buddha. Kerajaan Tambralingga di Ligor atau Nakhon Si Thammarat yang mempunyai hubungan erat dengan Kerajaan Sriwijaya kerana kedua-dua Kerajaan ini adalah Kerajaan Melayu. Busana Menora berdasarkan busana Melayu lama, sangat mirip dengan Mak Yong dengan juga pengaruh Jawa seperti ekor dibelakang dan ketopong mahkota yang mempunyai telinga, berbanding gaya Khmer, Mon dan Thai yg tidak mempunyai telinga.