Abdullah bin Ubai
From Wikipedia, the free encyclopedia
Abdullah bin Ubai atau 'Abd-Allah ibn Ubayy' (Arabic: عبد الله بن أبي بن سلول, meninggal dunia 631), juga digelar 'ibn Salul' yang merujuk kepada keturunan ibunya, adalah ketua bani Arab, Bani Khazraj yang tinggal di Madinah/Yathrib. Semasa Nabi Muhammad SAW berhijrah dan sampai di Madinah, Ibn Ubayy mengaku sebagai seorang Muslim tetapi ramai yang mempertikaikannya. Atas beberapa kontroversi dengan Nabi Muhammad SAW, sejarahwan Islam melabelkan beliau sebagai Munafik dan "ketua Munafiqun".[1]