Aksara Arab Selatan Purba
From Wikipedia, the free encyclopedia
Aksara Arab Selatan Purba (Old South Arabian: 𐩣𐩯𐩬𐩵code: sem is deprecated ms3nd; Arab: الْمُسْنَدcode: ar is deprecated musnad) bercabang daripada aksara Sinaitik Purba sekitar lewat alaf ke-2 SM. Ia digunakan untuk menulis bahasa Arab Selatan Lama iaitu bahasa Saba, Qataban, Hadramaut, Main dan Hasait, dan serta bahasa purba Eritrea, Geʽez di Dʿmt. Contoh terawal tulisan Arab Selatan Purba terdapat pada serpihan tembikar yang dicat dari Raybun di Hadramaut di Yaman, dari lewat alaf ke-2 SM.[3] Ia tidak mempunyai huruf vokal, hanya menandakannya dengan huruf saksi konsonan.
Aksara Arab Selatan Purba | |
---|---|
Jenis | |
Bahasa | Arab Selatan Lama, Ge'ez |
Tempoh masa | Lewat alaf ke-2 SM hingga abad ke-6 TM |
Aksara induk | Hieroglif Mesir
|
Aksara turunan | Ge'ez[1][2] |
Aksara kerabat | Arab Utara Purba |
Arah tulis | Kanan-ke-kiri |
ISO 15924 | Sarb, 105 |
Alias Unikod | Old South Arabian |
Julat Unikod | U+10A60–U+10A7F |
Aksara ini menjadi matang sekitar 800 SM dan penggunaannya berterusan sehingga abad ke-6 TM, termasuk menulis inskripsi-inskripsi Arab Utara Purba dengan sedikit ubah suaian pada abjadnya, apabila ia digantikan oleh abjad Arab.[4] Di Eritrea dan Ethiopia, ia kemudiannya berkembang menjadi aksara Geʽez,[1][2] yang dengan simbol-simbol tambahan, telah digunakan untuk menulis bahasa Amhara, Tigrinya dan Tigre, serta bahasa-bahasa lain (termasuk pelbagai bahasa Semitik, Kushitik, dan bahasa-bahasa Nilo-Sahara).
Sejarah Huruf |
---|
Zaman Gangsa Pertengahan 19–15 SM |
Maruwi 3 SM |
Salasilah lengkap |