Anthony Bourdain
From Wikipedia, the free encyclopedia
Anthony Michael Bourdain (lahir 25 Jun 1956 - meninggal dunia 8 Jun 2018) ialah seorang jurumasak, penulis dan personaliti televisyen Amerika Syarikat. Beliau dikenali kerana buku 2000nya Kitchen Confidential: Adventures in the Culinary Underbelly, dan pada 2005 mula menjadi juruacara rancangan pengembaraan budaya dan masak-memasak Travel Channel Anthony Bourdain: No Reservations dan The Layover. Pada 2013, beliau menyertai CNN untuk mengacara Anthony Bourdain: Parts Unknown.
Anthony Bourdain | |
---|---|
Kelahiran | Anthony Michael Bourdain (1956-06-25)25 Jun 1956 Bandar Raya New York, New York, A.S. |
Meninggal dunia | 8 Jun 2018(2018-06-08) (umur 61) |
Pendidikan | Vassar College The Culinary Institute of America |
Gaya | Perancis |
Ketinggian | 1.95 m (6 ka 4 13⁄16 in) |
Televisyen | A Cook's Tour Anthony Bourdain: No Reservations The Layover Anthony Bourdain: Parts Unknown |
Pasangan | Nancy Putkoski (1980-an–2000-an) Ottavia Busia (April 2007–kini) |
Bourdain ialah lepasan 1978 di The Culinary Institute of America dan veteran di banyak dapur profesional.[1] Walaupun tidak lagi bekerja secara rasmi sebagai jurumasak, beliau mengekalkan hubungan dengan Brasserie Les Halles di New York, di mana beliau menjadi ketua jurumasak selama beberapa tahun. Beliau diperikan Les Halles sebagai "chef-at-large".[2]