Bahasa Amazigh Atlas Tengah
bahasa / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Amazigh Atlas Tengah (nama setempat: ⵜⴰⵎⴰⵣⵉⵖⵜ Tamazight [tæmæˈzɪxt], [θæmæˈzɪxθ] ) ialah bahasa Barbar/Amazigh[nb 1] dalam rumpun keluarga bahasa Afroasiati yang dituturkan oleh hampir 5 orang juta orang menduduki kawasan Pergunungan Atlas tengah negara Maghribi serta juga komuniti pendatang lebih kecil di Perancis dan di negara-negara lain.[1][2] Bahasa ini bahasa kedua paling banyak dituturkan di Maghribi selepas bahasa Syilhah yang serumpun[3][4][5] serta antara 4 bahasa Amazigh utama dituturkan di negara tersebut selain bahasa-bahasa Qabayli, Syilhah dan Rif.[6]
Bahasa ini diberikan status rasmi dalam negara Maghribi bersama bahasa Arab dalam perlembagaan terbaharu negara tersebut digubal tahun 2011.[7] Perkembangan bahasa ini diseliakan Institut Diraja Budaya Amazigh di Rabat yang ditubuhkan tahun 2001.[8][9]