Betty Chew Gek Cheng

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Betty Chew Gek Cheng (Bahasa Cina: 周玉清; dilahirkan pada 15 Ogos 1964) ialah seorang ahli politik Malaysia daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH). Beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi kawasan Kota Laksamana dari Mac 2004 hingga Mei 2013 dan Durian Daun dari November 1994 hingga Mac 2000. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Wanita DAP Negeri Melaka pada tahun 2005. Betty Chew merupakan isteri kepada Lim Guan Eng, bekas Pengerusi Kebangsaan DAP, bekas Setiausaha Agung DAP, bekas Menteri Kewangan dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau juga merupakan menantu kepada Lim Kit Siang, bekas Setiausaha Agung dan bekas Pengerusi Kebangsaan DAP.[1]

Pada tahun 2005, beliau mengalami kekalahan mengejut apabila bertanding semula dalam pemilihan jawatankuasa DAP Melaka, dengan menduduki tempat kedua, satu tempat di hadapan suaminya. Namun begitu, sementara suaminya secara automatik layak untuk memegang jawatan dalam jawatankuasa tersebut berdasarkan kedudukannya sebagai Setiausaha Agung parti, Betty Chew tidak. [2] Chew menyatakan bahawa beliau "sedih dengan keputusannya", tetapi akan menerima kekalahannya. [3] Walau bagaimanapun, Teresa Kok, ahli Parlimen DAP, bercadang bahawa terdapat konspirasi di sebalik kekalahan Lim dan Chew dalam kempen pemilihan tersebut. [4]

Pada 2006, Chew dilaporkan bakal menjadi ADUN Melaka pertama yang bersalin semasa memegang jawatan. Pada ketika itu, Chew mempunyai empat orang anak dengan Lim. [5]

Pada tahun 2008, Chew menewaskan orang baharu, Lee Kiat Lee, bagi kerusi Kota Laksamana, di mana beliau memperoleh 11043 undi manakala Lee hanya mendapat 3801 undi.

Remove ads

Keputusan pilihanraya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan pilihan raya ...
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads