Channichthyidae
From Wikipedia, the free encyclopedia
Channichthyidae ialah sebuah keluarga ikan di bawah suborder Notothenioidei yang ditemui di Lautan Selatan di sekeliling Antartika. Kelurga ini merupakan satu-satunya kelompok vertebrat tanpa hemoglobin dalam darah ketika dewasa.[2] Keluarga ikan ini diketahui menetap di kawasan sektor Lautan Atlantik dan Lautan Hindi bagi Lautan Selatan, serta kawasan perairan sekeliling Antartika.[3] Secara lazimnya, suhu air di sini adalah agak stabil, iaitu dari −1.8 hingga 2 °C (28.8 hingga 35.6 °F).[4] Sekurang-kurangnya 16 spesies keluarga ini telah disahkan,[2] tetapi ada lapan lagi speseis yang diusulkan bagi pengelasan di bawah genus Channichthys.[5]
Fakta Segera Pengelasan saintifik, Genus ...
Channichthyidae | |
---|---|
Chionodraco hamatus | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Actinopterygii |
Order: | Perciformes |
Keluarga: | Channichthyidae T. N. Gill, 1861 |
Genus[1] | |
|
Tutup