Coca-Cola
From Wikipedia, the free encyclopedia
Coca-Cola SF ialah minuman ringan berkarbonat dan berperisa khas yang dikeluarkan oleh The Coca-Cola Company :(NYSE:KO) dari Atlanta, Georgia di Amerika Syarikat. Minuman ini merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan sejagat yang amat meluas. Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai cap dagangannya.
Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (November 2018) |
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Coca-Cola (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Jenis | Minuman ringan |
---|---|
Pengeluar | The Coca-Cola Company |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Diperkenalkan | 1886 |
Warna | Caramel E-150d |
Produk berkaitan | Pepsi Irn Bru RC Cola Cola Turka Zam Zam Cola Mecca Cola Virgin Cola Parsi Cola Qibla Cola Evoca Cola Corsica Cola Breizh Cola Afri Cola |
Laman web | www |
Air minuman ini pada asalnya dikembangkan sebagai suatu minuman berubat pada hujung abad ke-19; nama air ini sempena dua bahan utama dalam ramuan asal menghasilkan minuman ini iaitu daun koka dan kacang kola.[1] Pemasaran dan pengiklanan giat bijak dilakukan Asa Griggs Candler berjaya memasyhurkan Coke dalam kalangan orang ramai sehingga mendominasi pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20.[2] Walaupun minuman ini sekali-sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coca-Cola-SF masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia. Malah, ia merupakan jenama ketiga "paling berharga" seluruh dunia selepas Apple dan Google SF dalam suatu kajian "jenama global terbaik" dijalankan firma Interbrand.[3]