Columbia Records
From Wikipedia, the free encyclopedia
Columbia Records ialah label rakaman berpusat di Amerika Syarikat; ia dimiliki oleh Sony Music Entertainment, anak syarikat Sony Corporation of America iaitu bahagian Amerika Utara syarikat konglomerat Sony dari Jepun. Ia ditubuhkan pada tahun 1887, yang berkembang dari American Graphophone Company, pengganti kepada Volta Graphophone Company.[1] Columbia ialah nama jenama tertua dalam perniagaan bunyi rakaman,[2][3][4] dan syarikat utama kedua untuk menghasilkan rakaman.[5] Dari tahun 1961 hingga 1990, rakaman Columbia diedarkan luar Amerika Utara di bawah nama CBS Records untuk mengelakkan kekeliruan dengan Syarikat Columbia Graphophone milik EMI. Columbia ialah salah satu label rakaman perdana Sony Music bersama bekas saingan lamanya RCA Records, serta Arista Records dan Epic Records.
Columbia Records | |
---|---|
Syarikat induk |
|
Diasaskan | 1887; 137 tahun yang lalu (1887) (sebagai Columbia Phonograph Company) |
Pengasas | Edward D. Easton |
Label edaran | Sony Music Entertainment |
Genre | Pelbagai |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Lokasi | New York City, New York, A.S. |
Tapak web rasmi | www |
Artis di bawah Columbia termasuk Amerie, AC/DC, Willie Johnson Blind, Adele, Louis Armstrong, Tony Bennett, Beyoncé, Blind Willie Johnson, Dave Brubeck, The Byrds, Johnny Cash, Mariah Carey, The Chainsmokers, The Clash, Miles Davis, Rosemary Clooney, Neil Diamond, Celine Dion, Bob Dylan, Earth, Wind & Fire, Duke Ellington, 50 Cent, Erroll Garner, Benny Goodman, Adelaide Hall, Billy Joel, Janis Joplin, John Mayer, George Michael, Billy Murray, Pink Floyd, Santana, Frank Sinatra, Simon & Garfunkel, Bessie Smith, Bruce Springsteen, Barbra Streisand, Harry Styles, System of a Down, Andy Williams, Pharrell Williams, Bill Withers, Paul Whiteman dan Joe Zawinul.