Cyberjaya
From Wikipedia, the free encyclopedia
Cyberjaya merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia. Bandaraya yang dibangunkan daripada ladang kelapa sawit ini mempunyai keluasan 2,890 hektar dan terletak di daerah Sepang, Selangor. Cyberjaya berada kira-kira 50 km di selatan Kuala Lumpur, iaitu bersebelahan dengan Putrajaya. Bandar ini diasaskan sebagai bandar pintar mengikut konsep Lembah Silikon di Amerika Syarikat.
Fakta Segera Negara, Penubuhan ...
Cyberjaya | |
---|---|
Bandaraya | |
Negara | Malaysia |
Penubuhan | 17 Mei 1997 |
Keluasan | |
• Jumlah | 3.2 km2 (1.2 batu persegi) |
Penduduk (2015) | |
• Jumlah | 88,300 |
Zon waktu | WPM |
Poskod | 63000 |
Kod panggilan | +60-83, +60-86, +60-88 |
Laman sesawang | http://www.cyberjayamalaysia.com.my/ |
Tutup
Upacara perasmian telah diadakan pada 17 Mei 1997 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Setia Haruman Sdn Bhd merupakan pemaju utama Cyberjaya dan merupakan hasil buah fikiran Tun Dr Mahathir.[1]