Glutamat dehidrogenase
From Wikipedia, the free encyclopedia
Glutamat dehidrogenase (GLDH, GDH) ialah enzim yang wujud dalam kedua-dua prokariot dan mitokondrion eukariot, dan bertindak dalam pertukaran glutamat kepada α-ketoglutarat. Tindak balas ini juga menghasilkan ammonia yang diproses secara kanonik sebagai substrat kitaran urea dalam eukariot.
Glutamat dehidrogenase | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengenal pasti | |||||||||
Nombor EC | 1.4.1.2 | ||||||||
Nombor CAS | 9001-46-1 | ||||||||
Pangkalan data | |||||||||
IntEnz | Lihat IntEnz | ||||||||
BRENDA | Entri BRENDA | ||||||||
ExPASy | Lihat NiceZyme | ||||||||
KEGG | Entri KEGG | ||||||||
MetaCyc | Laluan metabolik | ||||||||
PRIAM | Profil | ||||||||
Struktur PDB | RCSB PDB PDBj PDBe PDBsum | ||||||||
Ontologi gen | AmiGO / EGO | ||||||||
|
Glutamat dehidrogenase | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengenal pasti | |||||||||
Nombor EC | 1.4.1.3 | ||||||||
Nombor CAS | 9029-12-3 | ||||||||
Pangkalan data | |||||||||
IntEnz | Lihat IntEnz | ||||||||
BRENDA | Entri BRENDA | ||||||||
ExPASy | Lihat NiceZyme | ||||||||
KEGG | Entri KEGG | ||||||||
MetaCyc | Laluan metabolik | ||||||||
PRIAM | Profil | ||||||||
Struktur PDB | RCSB PDB PDBj PDBe PDBsum | ||||||||
Ontologi gen | AmiGO / EGO | ||||||||
|
Glutamat dehidrogenase | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengenal pasti | |||||||||
Nombor EC | 1.4.1.4 | ||||||||
Nombor CAS | 9029-11-2 | ||||||||
Pangkalan data | |||||||||
IntEnz | Lihat IntEnz | ||||||||
BRENDA | Entri BRENDA | ||||||||
ExPASy | Lihat NiceZyme | ||||||||
KEGG | Entri KEGG | ||||||||
MetaCyc | Laluan metabolik | ||||||||
PRIAM | Profil | ||||||||
Struktur PDB | RCSB PDB PDBj PDBe PDBsum | ||||||||
Ontologi gen | AmiGO / EGO | ||||||||
|
Lazimnya, tindak balas α-ketoglutarat kepada glutamat tidak wujud dalam mamalia kerana keseimbangan glutamat dehidrogenase memihak kepada penghasilan ammonia dan α-ketoglutarat. Glutamat dehidrogenase juga mempunyai pertalian yang sangat rendah terhadap ammonia (pemalar Michaelis,, yang tinggi, kira-kira 1 mM), dan oleh itu, paras ammonia perlu begitu tinggi di dalam badan agar tindak balas terbalik diteruskan (iaitu, α-ketoglutarat dan ammonia kepada glutamat dan NAD(P)+). Walau bagaimanapun, dalam otak, nisbah NAD+/NADH dalam mitokondria otak menggalakkan penyahaminaan oksidatif (glutamat kepada α-ketoglutarat dan ammonia).[1] Dalam bakteria, ammonia diasimilasikan kepada asid amino melalui glutamat dan aminotransferase.[2] Dalam tumbuhan, enzim boleh bekerja dalam mana-mana arah bergantung kepada persekitaran dan tekanan.[3][4] Tumbuhan transgenik yang mengekspresikan GLDH mikrob dipertingkatkan toleransinya terhadap racun herba, kekurangan air dan jangkitan patogen.[5] Mereka lebih bernilai daripada segi nutrisi.[6]
Enzim ini mewakili jambatan utama antara laluan katabolik dan anabolik, dan oleh itu, banyak terdapat dalam eukariota. Dalam, manusia gen yang berkaitan dipanggil GLUD1 (glutamat dehidrogenase 1) dan GLUD2 (glutamat dehidrogenase 2), dan terdapat juga sekurang-kurangnya 8 pseudogen GLDH dalam genom manusia, mungkin mencerminkan pengaruh mikrob pada evolusi eukariota.