Hidangan kebangsaan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hidangan kebangsaan merupakan resipi juadah masakan, makanan atau minuman yang melambangkan sesebuah negara, bangsa, atau kawasan tertentu. Biasanya merupakan masakan yang terkenal atau sering dikaitkan dengan negara tersebut.[2]
Sesuatu hidangan itu boleh dianggap sebagai hidangan kebangsaan atas pelbagai sebab:
- Ia adalah makanan ruji, yang dibuat dari pilihan bahan makanan tempatan yang sedia ada yang boleh disediakan dengan cara yang tersendiri, seperti Fruits de mer, dihidangkan di sepanjang pantai barat Perancis.[2]
- Ia mengandungi bahan 'eksotik' tertentu yang dihasilkan dalam negara, seperti paprika Amerika Selatan ditanam di Pyrenees Eropah.[2]
- Ia dihidangkan sebagai masakan tradisi sesuatu perayaan yang menjadi sebahagian daripada warisan budaya sesebuah masyarakat —contohnya barbeku di kem musim panas atau fondue di majlis makan malam—atau sebagai sebahagian daripada amalan agama, seperti Korban Pesach atau Iftar.[2]
Hidangan kebangsaan adalah sebahagian daripada identiti dan imej sesebuah negara.[3] Ketika zaman perluasan empayar Eropah, sesebuah bangsa itu akan membangunkan masakan kebangsaan masing-masing untuk membezakan diri daripada pesaing mereka.[4]
Menurut Zilkia Janer, pensyarah budaya Amerika Latin di Universiti Hofstra, ia adalah mustahil untuk memilih satu hidangan kebangsaan, walaupun secara tidak rasmi bagi negara-negara, seperti Mexico atau India, kerana penduduk rakyatnya yang pelbagai etnik dan budaya.[3] Mana-mana satu masakan negara itu tidak boleh sewenang-wenangnya menjadi wakil sebagai hidangan kebangsaan. Tambahan pula, memandangkan hidangan kebangsaan menjadi sebati dalam erti kata identiti sesebuah negara, emosi dan konflik yang kuat boleh muncul ketika cuba memilih hidangan kebangsaan sesebuah negara.