Iwo Jima
From Wikipedia, the free encyclopedia
Iwo Jima (bahasa Jepun: 硫黄島 Iōtō, atau Iōjima, bermaksud "pulau belerang") ialah pulau gunung berapi di Jepun, sebahagian dari Kepulauan Ogasawara. Pulau yang terletak ±650 mil laut (1200 km) selatan Tokyo (24,754° LU, 141,290° BT) ini terkenal sebagai tempat berlakunya pertempuran pada Februari dan Mac 1945 antara Jepun dan Amerika Syarikat sewaktu Perang Dunia II.
Fakta Segera Nama asli: 硫黄島, Geografi ...
Nama asli: 硫黄島 | |
---|---|
Geografi | |
Lokasi | Lautan Pasifik (Laut Filipina) |
Koordinat | 24°47′N 141°19′E |
Kepulauan | Kepulauan Volcano |
Puncak tertinggi | Gunung Suribachi[1] |
Pentadbiran | |
Subwilayah | Subwilayah Ogasawara |
Populasi | Tiada penduduk awam (hanya pegawai tentera) |
Tutup
Dengan keluasan ±21 km², Iwo Jima secara umum memiliki permukaan yang mendatar. Gunung Suribachi (atau Suribachiyama) merupakan bentang alam yang paling dominan di pulau ini dengan ketinggian 166 m.