Jenis campuran bahan api etanol
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pelbagai jenis bahan api etanol digunakan di seluruh dunia. Kegunaan bahan api etanol tulen adalah mungkin jika enjin kenderaan dibina khusus bagi bahan api tersebut, dan hanya digunakan dalam automobil, lori jenis ringan dan motosikal. Selain itu, etanol kontang (tanpa kandungan air) juga boleh dicampur dengan petrol dan boleh digunakan dalam enjin lazim, melainkan bagi petrol dengan pecahan etanol tinggi yang memerlukan sedikit pengubahsuaian enjin. Campuran bahan api etanol diwakili awalan huruf "E" (etanol) diikuti nombor yang mewakili peratusan pecahan etanol dalam campuan: sebagai contoh, E85 ialah 85% etanol kontang dan 15% petrol.
Jenis E10 atau kurang, juga dikenali sebagai gasohol digunakan dalam lebih 20 negara, diketuai Amerika, di mana etanol mewakili 10% bekalan petrol negara pada 2011.[1] Campuran E20 ke E25 telah digunakan di Brazil sejak lewat 1970s. E85 pula biasanya digunakan di Amerika dan Eropah Europe bagi kenderaan bahan api fleksibel. Bahan api etanol tulen, E100 pula digunakan kenderaan-kenderaan jenis khusus di Brazil. Sejenis bioetanol terhidrat, hE15 pula digunakan oleh kereta-kereta petrol di Belanda.[2]