Juneteenth
From Wikipedia, the free encyclopedia
Juneteenth (kata lakur June "Jun" dan nineteenth "ke-sembilan belas" - "Hari ke-Jun-belas"),[2] - juga dikenali sebagai Hari Kebebasan (Freedom Day)[3] Hari Kegembiraan/Jubli (Jubilee Day)[4] Hari Pembebasan (Liberation Day),[5] dan Hari Emansipasi (Emancipation Day)[6] - ialah tanggal hari yang disambut dalam Amerika Syarikat untuk meraikan pembebasan golongan kulit hitam yang telah diperhambakan di negara tersebut pada 19 Jun . Ia dahulunya cuti negeri khusus dari Texas di mana ia memperingati ketibaan jeneral tentera Kesatuan Gordon Granger ke negeri tersebut mengumumkan perintah persekutuan mengisytiharkan semua orang yang diperhambakan telah merdeka di Galveston pada tarikh sama tahun 1865.[7]
Juneteenth | |
---|---|
Nama rasmi | Juneteenth |
Juga dikenali sebagai | Hari Kebebasan, Hari Jubli, Hari Pembebasan, Hari Emansipasi (TX) |
Diraikan oleh/di | 47 negeri Amerika Syarikat[1], khususnya dalam kalangan bangsa kulit hitam |
Jenis | Bersejarah |
Kepentingan | Pembebasan hamba bangsa Afrika yang masih ada dalam Negeri-Negeri Gabungan |
Upacara | memperingati kemajuan dibawa bangsa kulit hitam |
Tarikh | 19 Jun |
Kekerapan | Tahunan |
Hari ini telah menyebar ke banyak negeri lain,[8][9] sebanyak 43 negeri AS selain Daerah Columbia mengakui serta mengiktiraf peristiwa ini selewat 2013.